Thursday, February 26, 2009

Cerita Cuti 1

Janganlah salahkan aku blog aku dah 3 bulan tak update. Aku kalau nak ikutkan memang tak pernah terlintas langsung apa nak tulis kat blog ni lagi dah. Hari ni aku tak tahulah kenapa aku bosan sangat. Semuanya aku rasa macam dah selalu sangat buat sampai naik muak. Nak pegi kaco Eckm kat bilik dia pon aku malas. Mungkin sebab kepala aku tepu baca Pathology kebelakangan ni. Macam-macam benda la terlintas kat kepala aku semuanya kerana Pathology.

Tapi, oleh sebab nak hilangkan tension, ditambah lak mak suruh update blog sebab mak nak tengok gambar jalan-jalan masa cuti, maka sekarang ni aku kat depan laptop sedang berusaha buat satu post selepas 3 bulan menyepi. Haih~

Cuti hari tu, budak (kawan-kawan) Jordan datang. Aku mulakan cite aku dengan budak-budak ni sebabnye aku nak korang paham sepanjang cite ni watak kanak-kanak ni akan banyak kali diulang-ulang. 4 orang daripada 9 orang kanak-kanak ni stay rumah aku.

Jadi malam tu, lepas diorang dapat bilik. Diorang terus nak jalan. Nak pegi makan kat kedai nasi ikan pastu pegi naik bot kat Sungai Nil. Tak pasal-pasal aku kene ikot.

Aduss, tetibe aku malas nak tulis dah. Baik aku cite gune gambar.




Photobucket
Faeid tengah order ikan goreng untuk 12 orang. Aku tak makan.

Photobucket
Pakcik tu tengah pilih ikan.

Photobucket
Budak-budak ni tengah menghilangkan bosan sementara tunggu makanan siap.

Photobucket
Sebelum naik bot.

Photobucket
Seronok ke belayar?

Photobucket
Atas kapal layar ni pon nak makan lagi. Tapi, aku yang paling banyak makan atas kapal ni sebabnya aku tak makan kat kedai ikan tadi.

Photobucket
Hadi ngan Kucai



Okeh, aku dah bosan pulak nak tulis. Bye.

0 comments:

Post a Comment

Unappropiate comments will be deleted by the admin.