Dear visitors, I'm currently active writing articles and updating BUDAK MEDIK. Thank you for coming.

Saya akan menunaikan ibadah umrah

Kawan-kawan sekalian, pada malam ini saya akan memulakan musafir untuk menunaikan umrah. Jadi saya ingin memohon jasa baik kalian agar dapat memaafkan segala kesalahan saya yang lampau. Saya akui, diri ini memang tak serik sangat buat jahat kat orang. Cepat je nak marah orang. Mudah je nak cari pasal dengan orang. Teruk betul.




Mudah-mudahan dengan berkat doa kawan-kawan sekalian, saya boleh menjadi orang yang lebih baik selepas ini. Yus yang lebih baik, Yusri yang lebih baik, Arif yang lebih baik, Yusri Arif yang lebih baik, seorang anak yang soleh, seorang abang yang berdedikasi, seorang adik yang lebih menghormati abang-abang-abangnya, dapat memikul amanah dengan lebih baik, menjalankan tugas dengan lebih baik, seorang pelajar yang lebih baik, seorang mukmin yang lebih baik, dan bakal menjadi doktor yang terbaik.




Doakan selamat urusan umrah kami, doakan selamat perjalanan pergi dan balik kami.
Kami bertolak pada pukul 2 pagi, 6 Julai 2009. Insya-Allah tiba semula di Kaherah pada pukul 9 pagi, 16 Julai 2009.




Dijemput sahabat-sahabat sekalian untuk berkunjung ke rumah saya di Sayeda Zeinab pada malam ini. Kami semua akan berkampung di rumah ini selepas Asar. Insya-Allah dengan kehadiran sahabat-sahabat sekalian, dapatlah serba sedikit meringankan beban kami. Setidak-tidaknya kita dapat bersalam-salaman.




Ustaz Nik Azran pesan suruh tulis sikit wasiat sebelum pergi umrah nih. Saya set-kan post wasiat tu lewat sedikit. Sekiranya saya selamat pulang ke Mesir, maka bolehlah saya cepat-cepat delete post tu.




Sekian.




p/s: Belum tahu lagi nak balik ke Malaysia ke tak tahun ni. Hurm..

7 people have left comments

Effy Saiful said:

slmt jalan yusri.. doakan ana kat sni.. dpt keputusan yg ok~

Ustazah Surina

Ustazah Surina said:

Salam Yusri Arif. Tentu ingat lagi pada Ustazah Surina dan Ustaz Mat Nawi kan.... Alhamdulillah Yusri berpeluang menziarahi Baitullah. Summer ni balik tak Malaysia?? Ustazah baru aje bertemu dgn Rafhanah. Kalau balik ke Malaysia tahun ni, boleh ustazah minta tolong tak? Ustazah sedang melanjutkan pelajaran di peringkat kedoktoran di UKM dan memerlukan bantuan Yusri agar sudi membelikan beberapa buah buku rujukan bahasa Arab. Kalau jadi balik summer ni... ustazah memang nak minta tolong sangat...ni e-mel ustazah...kalau ada masa boleh kita Yahoo Messenger. E-mel YUsri apa??? Ustazah boleh dihubungi di surin71_bbt@yahoo.com.my. Hubungi ustazah sekembalinya dari umrah ya!! USTAZAH SURINA HAMED.

ad3ck said:

selamat beribadah. selamat melihat kaa'bah dengan mata sendiri. ;)

p/s: igt nak low profile sket ehehehe.

JHaZKiTaRo said:

salam ramadhan dari pelajar di bumi eire.. blog hopping.. rajin2, meh laa lompat2 ke blog hamba.. :)

Koe said:

iftar 2009, sila rujuk blog kelas

Tqa Zack said:

selamat mengerjakan umrah yus .

shici.shorty said:

sory for the late wish.
bt still, i pray for ur success dunia dan akhirat.
moga selamat pergi dan pulang.
hy doa mampu akak beri. lastly, selamat menjalani ibadah umrah.
dariNYA kite diciptakan, kepadaNYA jua kite kembali. amin.

Post a Comment

Unappropiate comments will be deleted by the admin.